Wednesday, August 5, 2009

kelebihan bulan syaaban...

hari ini suda hampir pertengahan bulan syaaban..
mlm nh mlam nisfu syaaban
sudah hampir kita ke bulan ramadhan nampaknya...
mm.. ya tuhanku, moga diriku ini sempat untuk berpuasa d bln mulia yg d katakan sebagai bulan untuk ummat nabi muhammad s.a.w..
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

sekadar untuk berkongsi ilmu ttg bulan syaaban:

1) maksud syaaban:
- berpecah atau bercerai-berai: bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke
serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.
- bulan pemisah : memisahkan atara bulan rejab dan ramadhan

2) bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam

3) menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil
Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah dan juga berlaku peperangan
Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah
s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani
al-Mustaliq.

3) bulan di mana doa orang yang beriman dimakbulkan oleh Allah

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak
ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan
Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

4) Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.
Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menaikkan amal ibadat kita agar kita dapat merasakan kemanisan iman di dada..halawatul iman...(n,n) wasalam..

0 comments: