Thursday, August 27, 2009

.....Ramadhan al-mubaraK.., hikmah bgn awl pg

Salam ramadhan buat semua hamba Allah sekalian..
Alhamdulillah.. hari nh suda masuk 7 ramadahan 1430H..
suda 7 hari kita berpuasa kan..entah berapa bnyk suda pahala kita kutip selama 7 hari nh?? dosa? alahai.. xpyh ckpla.. mesti bnyk..(T.T)
Tapi, x mengapa, kita masih berpeluang memperbaiki diri..

Teringat satu kata pujangga (Imam Ghazali rasanya..) :
"Celakalah org yg pada hari ini lebih teruk daripada semalam, rugilah mereka yg hari ini sama seperti semalam dan berutunglah mereka yg hari ini lebih baik daripada smlm.."

Hehehe.. hari ini sy telah membuat satu perubahan diri.. Yeah!!
Pas solat subuh, xtdo lgsg..trus KEMAS UMAH!!!
Ini satu kebanggaan buat diriku, sbb selalunya tdo balik, then bgn la lwt..
Anak dara x senonoh kan..(org jrg dpt tdo puas2 kan :p, n jrg melekat kat umah)
Nak d jadikan cerita, lbh krg 1 jam dihabiskn utk sapu umah, basuh n jemur bj..
Pastu.. SIAPP!!! (n,n) hepi...

Apa yg buat sy hepi ialah:

1. dpt menikmati keindahan alam ciptaanNya nh seawal matahari terbit!! romantik, fresh
n menyamankan..
2. menggembirakan hari umi tgk anak dara dia bgn awal :p
3. sy berjaya buat perubahan diri..walaupun hanya sedikit pd waktu cuti sem n bln
ramadhan yg mulia nh.. ehehehe..Apa pun, harap2 sy dapat memperelokkan diri,
mempersiapkan diri dari segenap segi, ibadah, penampilan, kerjaya supaya sy termasuk
dlm kalangn org yg beruntung n berjaya..

Di sini, sy ingin mengambil kesempatan utk berkongsi sedikit ilmu ttg bangun awal pada waktu pagi:

“ Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat, dan dia jadikan siang untuk bangun berusaha” ( Al-furqan : 47)

Sabda rasulullah :
" Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya "

“ Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti siang dan malam, terdapat tanda bagi orang yang berakal (berfikir)”( Al-Imran : 190)


Penciptaan hidup manusia di muka bumi ini sungguh unik dan penuh dengan keajaiban seperti yg tlh tercatat dlm kitab suci Al-Quran.. Allah menciptakan malam untuk manusia berehat dan disuruh utk bgn seawal pagi, sblm fajar menyinsing utk beribadat kepadanya...Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya' kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.Ternyata, semua itu ada hikmahnya:

1. Sudut kesihatan ( memberi kesegaran pada tubuh dan melancarkan peredaran darah,
mencegah daripada penyakit hati, Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh
badan.)

Pada pukul 5.00 pagi ( waktu sahur ) adalah waktu yang cukup tenang dan aman bagi seseorang memulakan fungsinya sambil menghirup udara segar kerana dari sudut sains perubatan, kita akan dapat menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam 3 pagi hingga terbit matahari yang berkesan untuk menggerakkan otot-otot dalam badan sekaligus menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Udara segar dari atmosfera bumi akan hilang selepas matahari terbit dan akan muncul semula keesokan harinya. Oleh itu, manusia yang bangun pada waktu itu sahaja dapat menikmati oksigen tersebut. Sedangkan manusia yang bangun lewat tidak akan merasa nikmat oksigen ini.

2. Emosi (dpt mengawal emosi agar dpt membuat keputusan dg bksn)

Secara psikologinya manusia ambil masa untuk susun mind setting ttg apa yg nak perlu dilakukan hari tersebut sekitar 2-3 jam lps bangun tidur. Jadi bangun lewat, akibatnya, kita akan mamai n sukar buat keputusn kritikal dgn berkesan.


(n,n) jd, mari kita sama2 melatih diri kita untuk bgn awal setiap hari.. Ingat, "be wise, early rise". Jika kita syg kpd diri dan org tsyg, sama2 la kita berubah ke arah kebaikan. Susungguhnya, sayang itu adalah bagaimana kita membuktikannya, bukan bagaimana kita mengucapkannya sahaja...wsslam.. :)

0 comments: